Friday, 25 February 2011

Apa itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan ?? (FPK)

Falsafah Pendidikan Guru

“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Visi BPG

Sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Misi BPG

Melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat BPG

  • Melahirkan guru permulaan untuk memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Menyediakan program pembangunan profesionalisme yang berterusan untuk guru-guru terlatih
  • Membina insan guru yang berakhlak mulia, kreatif, ikram dan berdaya tahan yang boleh mendidik dengan cekap dan berkesan
  • Mengembangkan institut  pendidikan guru sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan
Dasar Kualiti BPG

Dasar kualiti BPG ialah:

Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Keguruan(PPK) secara profesional, cekap dan berkesan untuk menghasilkan guru yang berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi BPG serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif Operasi IPG

Objektif Operasi IPG ialah memastikan:

  1. Semua pelajar baru memenuhi syarat yang ditetapkan semasa proses pendaftaran;
  2. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap Proses Pendaftaran yang dijalankan;
  3. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap Program Pengurusan Pelajar Baru yang dilaksanakan;
  4. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran;
  5. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap Aktiviti GERKO;
  6. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap Pelaksanaan Praktikum;
  7. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap Bimbingan Dalam Tutorial Peribadi;
  8. Sekurang-kurangnya 99.5% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus;
  9. Semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas aduan diterima; dan
  10. Elaun pelajar bulan berkenaan dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima daripada BPG kecuali bulan Januari.

Piagam Pelanggan BPG

Kami warga BPG dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

³ menyediakan unjuran pengambilan guru praperkhidmatan bagi memenuhi keperluan sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia selewat-lewatnya tiga bulan sebelum tarikh iklan;
³ memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang telah disediakan;
³ memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan tujuh hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
³ menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia/Diploma Pendidikan kepada lulusan dalam tempoh satu tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan;
³ menyerahkan senarai nama pelajar semester akhir ke Jabatan dan Bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke sekolah tiga bulan sebelum mereka menamatkan kursus; dan
³ menyediakan guru permulaan yang
v  berkemahiran mengajarkan bidang pengkhususan masing-masing;
v  berkebolehan mengurus kokurikulum yang dipertanggungjawabkan;
v  mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan.

Budaya IPG

Budaya IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan tujuh dimensi budaya berikut:

³ Budaya Ilmu
v  Pembelajaran sepanjang hayat
v  Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini (syumul)
v  Menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu
v  Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
v  Mengamalkan penyelidikan.

³ Budaya Kepimpinan
v  Kebolehan membuat keputusan
v  Pemikiran reflektif
v  Menghayati Visi dan Misi IPG serta aspirasi negara
v  Mempunyai idea-idea yang bernas
v  Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan
v  Berupaya menyelesaikan masalah
v  Menjalin kejelekitan di antara warga IPG
v  Membimbing warga IPG ke arah pengurusan kendiri yang berkesan
v  Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
v  Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi
v  Mengorientasikan kurikulum dengan piawai pencapaian
v  Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
v  Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
v  Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
v  Kesetiaan kepada organisasi.

³ Budaya Kerja Profesional
v  Mendokong Visi dan Misi organisasi
v  Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah
v  Bersikap proaktif, kritis, kreatif, dan inovatif
v  Optimis dan komited dalam pekerjaan
v  Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang ditentukan
v  Kepuasan pelanggan sebagai sasaran utama kerja
v  Menepati masa, cekap, tepat, dan mematuhi prosedur
v  Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi.

³ Budaya Akhlak dan Moral
v  Sentiasa bersyukur
v  Merendah diri (tawadhuk)
v  Redha dengan Qada dan Qadar
v  Taqwa
v  Ikhtiar dan Doa
v  Mematuhi etika.

³ Budaya Penyayang
v  Keprihatinan dengan makhluk
v  Sayang akan diri, keluarga, dan masyarakat
v  Sayang akan profesion
v  Sayang akan warga dan organisasi
v  Sayang akan alam sekitar
v  Sayang akan negara.

³ Budaya Hidup Sihat
v  Kesihatan dan kecergasan fizikal
v  Kematangan emosi
v  Ketenangan rohani dan bertaqwa
v  Keterbukaan minda, positif, matang, dan rasional
v  Persekitaran mesra.

³ Budaya Estetika
v  Kehalusan budi
v  Keunggulan peribadi
v  Kesempurnaan kerja
v  Kecantikan dan keindahan seni dan karya
v  Keindahan kebudayaan dan bangsa
v  Keindahan persekitaran.

No comments:

Post a Comment